Malaysian Football League (MFL) mengumumkan empat pemain digantung daripada beraksi di Liga Super.
Empat pemain tersebut ialah Gabriel Palmero, Hector Hevel, Joao Figueiredo dan Jon Irazabal. Palmero mewakili Kuching City FC dengan Hevel, Figueiredo dan Irazabal mewakili Johor Darul Ta’zim (JDT).
Langkah tersebut diambil MFL selepas menerima makluman rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) terhadap rayuan tujuh pemain negara.
Susulan itu, mereka perlu menjalani baki penggantungan 12 bulan seperti yang diputuskan oleh CAS.
Meskipun mereka tidak dibenarkan beraksi dalam perlawanan secara rasmi, mereka dibenarkan menjalani aktiviti bola sepak lain termasuk berlatih bersama pasukan masing-masing.
Keputusan ini menyaksikan Palmero, Hevel, Figueiredo dan Irazabal tidak akan beraksi bersama kelab masing-masing sehingga tempoh penggantungan mereka selesai.