MFL Perkenal Dua Kategori Baharu Di ABK23
MakanBola
MFL
Sponsors

 Dengan saingan Liga Malaysia (Liga M) kini berada di penghujung, MFL mengumumkan penganjuran  Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2023 (ABK23) pada penghujung Disember ini.

Acara tahunan berprestij bola sepak negara itu dibuat bagi mengiktiraf pencapaian pelbagai pihak dalam kancah bola sepak termasuk pemain dan jurulatih Liga M.

Ad
Sponsors

ABK22 yang diadakan pada tahun lepas menyentuh pencapaian dalam lima pertandingan iaitu Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Liga Super, Liga Premier, Piala FA dan Piala Malaysia.

Ad

Dengan Liga Premier dimansuhkan pada musim ini, kategori pertandingan itu digantikan dengan Piala MFL. Selain Piala MFL, MFL turut memperkenalkan semula MFL Challenge Cup untuk musim 2023.

Justeru, dua anugerah baru diwujudkan MFL bagi mengiktiraf pencapaian pemain dalam kejohanan tersebut iaitu Penjaring Terbanyak Piala MFL dan Pemain Terbaik Piala MFL.

Ad

Dua kategori ini merupakan sebahagian daripada 16 kategori anugerah yang dipertandingkan untuk ABK 23.

Ad

Tumpuan pastinya terarah kepada pemain sayap Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Arif Aiman Hanapi.

Ini kerana beliau telah menggondol tiga anugerah iaitu Pemain Muda Terbaik, Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Bernilai (MVP) untuk dua tahun berturut-turut.

Tidak seperti ABK22 yang diadakan secara maya pada tahun lepas, ABK23 akan dianjurkan secara fizikal sekaligus menambah lagi kemeriahan acara berprestij itu.