MFL Potong Bayaran Hak Penyiaran Melaka & Sarawak United
Dunia
Bernama
Advertisements

Semua sedia maklum dengan masalah kewangan yang membelenggu Melaka United dan Sarawak United. Atas sebab itu juga, MFL telah memotong bayaran hak penyiaran Liga Malaysia yang diterima kedua-dua pasukan untuk dijadikan sebagai bayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai.

Difahamkan, kedua-dua pasukan berhutang tunggakan gaji sebanyak RM2.7 juta dari tahun lepas. Disebabkan isu ini juga, MFL tidak memberi lesen kepada kedua-dua pasukan bertanding dalam Liga Super musim 2023.

Baki wang penyiaran RM500,000 yang patut diberi kepada Sarawak United dan Melaka kini dibahagi dua oleh MFL.

Advertisements

Melaka hanya menerima RM250,000 dengan bakinya diserahkan kepada Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) untuk diagihkan kepada pemain-pemain Melaka.

Sementara Sarawak United pula sudah menerima RM250,000 tahun lepas dengan RM100,000 lagi diagihkan oleh PFAM kepada pemain-pemain yang terkesan.

CEO MFL, Stuart Ramalingam menambah baki RM150,000 lagi kini diserahkan kepada PFAM untuk diagihkan kepada pemain-pemain The Crocs.

Advertisements

Sebelum ini, PFAM mendedahkan ramai pemain Sarawak United dan Melaka menderita selepas tidak mendapat tunggakan gaji mereka. Ini mendorong organisasi itu mendedahkan jumlah tunggakan gaji yang masih belum dilunaskan kedua-dua pasukan.

Stuart mengakui jumlah wang yang diberi tidak cukup untuk menyelesaikan tunggakan gaji para pemain kedua-dua pasukan. Tetapi beliau berharap ia dapat meringankan sedikit beban kewangan mereka.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram