MFL Tak Bagi Muka Kepada Melaka dan Sarawak United
Dunia
MFL
Advertisements

Malaysian Football League (MFL) pada hari ini mengumumkan penggantungan lesen kebangsaan yang dikenakan ke atas Melaka United dan Sarawak United, dikekalkan.

Ini berikutan rayuan dibuat oleh dua kelab itu, ditolak oleh Jawatan Rayuan Pelesenan Kelab MFL (AB) sekaligus bermakna masing-masing terlepas beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

“AB telah mempertimbangkan rayuan MUFC dan SUFC berikutan keputusan First Instance Body (FIB) yang telah menolak permohonan Lesen Kebangsaan bagi kitaran 2022 pada 12 Oktober 2022 selaras dengan Artikel 3.4.4 yang termaktub di dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2022. Rayuan kedua-dua kelab ditolak,” menurut kenyataan MFL.

Advertisements

Sebagai rekod, Melaka United yang telah beraksi dalam kancah Liga Super sejak 2017 sebelum ini tidak diberikan lesen berikutan masalah kewangan yang kritikal.

Kelab itu dilaporkan bukan sahaja gagal melunaskan gaji bulan Jun dan Ogos, malah mempunyai tunggakan potongan KWSP serta LHDN sehingga bulan Ogos tahun ini.

Sementara Sarawak United pula yang baru musim ini layak ke Liga Super setelah muncul naib juara Liga Premier 2021, masalah mereka lebih besar apabila gagal memenuhi hampir semua kriteria ditetapkan.

Advertisements

“Pertamanya mereka gagal memenuhi kriteria infrastruktur apabila gagal mendapatkan kelulusan pihak stadium untuk musim 2023.

“Kedua, mereka tidak memenuhi kriteria semangat kesukanan manakala yang ketiga dokumen audit kewangan tahunan pula didapati tidak selari untuk tahun 2021.

“Yang keempat, Sarawak United turut gagal menyerahkan dokumen perancangan kewangan untuk musim 2023, serta yang kelima gagal menyelesaikan atau mendapatkan persetujuan bersama tunggakan KWSP dan Perkeso untuk Jun dan Ogos 2022.

Advertisements

“Keenam, kelab itu gagal memenuhi kriteria kewangan; ketujuh, mereka gagal menyediakan struktur kewangan tahun depan dan kelapan gagal menyelesaikan tunggakan gaji dua pemain importnya yang sudah dibawa ke pengetahuan Fifa iaitu Sandro da Silva dan Taylor Reagen,” kata Pengerusi FIB, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif pada bulan lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram