MFL Tegas Hapus Masalah Gaji Berlarutan Di Liga Malaysia
Liga Super
MSN
Advertisements

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam melihat tindakan tegas badan induk itu sebagai cara menghapuskan isu tunggakan gaji dalam Liga Malaysia (Liga M).

Isu tunggakan gaji bukan sekali kedengaran dalam saingan Liga M. Saban tahun, ada saja pasukan yang menjadi bualan ramai kerana isu tersebut.

Meskipun beberapa pasukan kemudiannya disingkirkan daripada Liga Super kerana masalah gaji, pasukan-pasukan dilihat tidak serik dengan apa yang berlaku.

Advertisements

Stuart melihat ketegasan MFL dari segi perlesenan bukan saja memastikan isu tunggakan gaji tidak berulang pada masa hadapan.

Malah, pada masa sama, ini juga membantu pasukan lebih cakna dari segi kewangan dan sedar implikasi buruk yang menanti sekiranya situasi sebegini berterusan.

“Kalau tengok dari musim-musim lalu, kita tidak memberi lesen kepada dua pasukan. Dalam musim tersebut, mungkin lebih banyak pasukan alami isu gaji.

Advertisements

“Untuk musim ini juga, perkara ini menjadi satu topik tular yang sering berulang dan yang sering kita ingati saban tahun.

“Tetapi dari segi peringkat tempatan, kalau kita tengok pasukan seperti Kedah dan Kuala Lumpur, pergerakan untuk penyelesaian itu berlaku.

“Dan ini kita perlu hormati antara pasukan dengan pemain, majikan dengan pekerja yang akan bekerjasama untuk menyelesaikan perkara ini.

Advertisements

“Bila masa MFL tidak memberi lesen atau menarik lesen daripada mana-mana pasukan, di situlah tergadainya 200 pekerjaan daripada pemain, jurulatih, staf sokongan dan pentadbiran serta impak ekonomi ke atas sesebuah negeri dan daerah tersebut.

“Jadi, ini bukan satu keputusan yang mudah ya. Orang sentiasa ingat kita berlembut (tetapi) kita kena banyak fikir tentang ekosistem (bola sepak negara) dan liga kita.

‘Kita boleh bekerjasama dengan pasukan bagi menyelesaikan masalah dalamannya. Kita tengok pergerakan (usaha pengurusan pasukan) yang proaktif dan positif, maka kita perlu menyokong pergerakan tersebut.

Advertisements

“Tapi bila sudah tersekat dan semua bantuan yang diberi tidak dapat membantu juga, maka kita perlu ambil keputusan yang kita terpaksa ambil.

“Tetapi hingga waktu tersebut, tugas MFL ialah memastikan bola sepak Malaysia berjalan dengan baik,” katanya dalam sidang media MFL yang diadakan semalam.

Isu tunggakan gaji menyaksikan MFL bertindak tidak menganugerahkan Lesen Kebangsaan kepada Melaka United dan Sarawak United untuk musim 2023 dan Kelantan FC (musim 2024-2025).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram