Malaysian Football League (MFL) telah mengumumkan harga tiket final Piala FA di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC yang dijadualkan berlangsung pada 24 Ogos depan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Dengan harga serendah RM50, penyokong sudah boleh menikmati secara langsung pertembungan hebat kedua-dua pasukan gergasi tanah air ini.
“MFL menyediakan empat kategori tiket untuk diagihkan secara sama rata kepada pasukan finalis dengan harga tiket serendah RM50 dan RM70 bagi tiket General Admission, RM150 tiket Piala FA Premium dan RM200 tiket Piala FA VIP Grandstand.
“Urusan penjualan tiket akan diserahkan sepenuhnya kepada pihak kelab untuk memastikan penjualan tiket secara terus kepada penyokong-penyokong dengan sistematik dan sama rata.
“Segala maklumat mengenai proses penjualan tiket kepada penyokong akan dimaklumkan oleh JDT dan Selangor FC dalam masa terdekat,” umum MFL.
Cara pembelian tiket final ini adalah secara dalam talian menerusi laman web tickethotline.
Pertembungan final ini adalah pertembungan pertama buat kedua-dua pasukan bagi saingan Liga Malaysua musim ini dan ianya bakal menjadi final impian buat peminat bola sepak tanah air untuk disaksikan.