Michael Feichtenbeiner Anggap Indonesia Jaguh Dalam Kumpulan
MakanBola
Myanmar Football Federation
Sponsors

Bagi jurulatih Myanmar, Michael Feichtenbeiner, kemenangan 5-0 Indonesia ke atas pasukannya bukan sekadar meletakkan Garuda Muda pada kedudukan selesa mara ke separuh akhir Sukan SEA 2023. Malah, beliau berpandangan pasukan tersebut merupakan pasukan jagoan dalam Kumpulan A temasya berkenaan.

Gelaran tersebut diberi kepada anak-anak buah jurulatih interim, Indra Sjafri kerana keupayaan mereka menjaringkan gol dan tidak dibolosi dalam dua perlawanan. Ramadhan Sananta, Marselino Ferdinan dan Fajar Fathur Rahman turut berkongsi kedudukan sebagai penjaring terbanyak Garuda Muda dengan masing-masing menjaringkan dua gol.

Ad

Tetapi walaupun bergelar jaguh dalam Kumpulan A, itu bukan bermakna Indonesia pilihan utama meraih pingat emas Sukan SEA 2023. Ini kerana menurut bekas jurulatih Selangor itu, Vietnam dan Thailand pasti akan menjadi penghalang sekiranya mereka mara ke separuh akhir dari Kumpulan B.

Ad

“Saya lihat skuad B-22 Indonesia amat kuat dengan beberapa pemain kebangsaan yang berpengalaman. Jadi, saya fikir mereka satu-satunya pasukan terkuat dalam Kumpulan A.

“Tetapi untuk memenangi pingat emas, mereka perlu melepasi peringkat kumpulan dan separuh akhir dengan Vietnam atau Thailand sebagai pencabar berpotensi,” kata Feichtenbeiner dalam sidang media pasca-perlawanan kepada Zing News.

Ad

Walaupun dimalukan 5-0 dengan Indonesia, The Chinthe masih berpeluang untuk layak ke separuh akhir. Syaratnya, mereka perlu menang baki dua perlawanan Kumpulan A termasuk menentang Kemboja pada 7 Mei ini.

Ad

“Masih terlalu awal dan sukar untuk saya menentukan pasukan mana yang terkuat dan layak memenangi pingat emas. Pasukan Myanmar B-22 juga ada peluang (untuk memenanginya),” tambahnya.

Ad