Michael Feichtenbeiner Dah Lama Rancang Turunkan 3 Penyerang Lawan Sabah
MakanBola
Selangor FC
Sponsors

Selangor FC dijangka bakal mempertaruhkan khidmat trio serangan mereka iaitu Herlison Caion, Hyuri Henrique dan Shahrel Fikri dalam usaha untuk meraih kemenangan berdepan Sabah FC malam esok.

Ketua jurulatih pasukan, Michael Feichtenbeiner sedar akan cabaran sukar menentang Sabah FC dalam suku akhir Piala FA di Stadium Likas namun yakin sudah melakukan persediaan rapi buat pasukannya.

Ad

Pengendali kelahiran Jerman ini cukup waspada dengan kekuatan pasukan di bawah bayu itu selain sudah mengenal pasti perkara yang perlu ditekankan.

Ad

Malah, beliau juga sudah pun memanfaatkan ketiga-tiga penyerang itu sebelum ini sebagai persediaan bertemu Sabah ketika Feichtenbeiner mengharapkan trio berkenaan tampil tajam di depan gawang lawan.

Ini juga merupakan sebahagian daripada perancangan (merehatkan Caion), selepas aksi terakhir saya merasakan Eki (Shahrel) dalam prestasi terbaik dan juga Hyuri cukup cergas.”

Ad

“Saya mahu gunakan tiga penyerang ini (menentang Sabah) kerana ini merupakan sebahagian daripada taktikal, dan disebabkan inilah dia (Caion) bermula di bangku simpanan sebelum ini,” katanya kepada Arena Metro.

Ad

Ketika ini, Sabah juga sedang berada dalam prestasi terbaik selepas bejaya membenam cabaran Terengganu di laman sendiri sungguhpun tewas tipis kepada JDT.

Ad

Perlawanan ini juga dijangka berlangsung dengan cukup aengit dengan kedua-dua pasukan berebut untuk mara ke pusingan seterusnya.