UCL: Midtjylland Tunjuk Celtic Jalan Keluar, Mara Ke Pusingan Seterusnya
MakanBola
Twitter @fcmidtjylland
Sponsors

FC Midtjylland mara ke pusingan ke-3 Kelayakan Liga Juara-Juara UEFA selepas berjaya membenam pasukan gergasi Scotland, Celtic di MCH Arena awal pagi tadi.

Celtic yang dipimpim pemain lagenda Australia, Ange Postecoglou menyaksikan pasukannya tewas di pusingan kelayakan buat kali ke-4 berturut-turut.

Ad

Callum McGregor memberikan kelebihan awal kepada Celtic dengan serangan yang menakjubkan pada minit ke-48 tetapi Awer Mabil menyamakan kedudukan sejurus selepas James Forrest dimasukkan.

Celtic memperoleh kelebihan sepanjang 90 minit tetapi mula keletihan apabila perlawanan bersambung ke masa tambahan.

Ad

Selepas 4 minit masa tambahan disambung, Raphael Nwadike menambah derita Celtic menerusi jaringan cantik pada minit ke-94.

Ad

Dion Cools dimasukkan 9 minit selepas itu bagi memperkukuhkan bahagian pertahanan dan keputusan kekal dengan Midtjylland menewaskan Celtic 2-1 (Agg: 3-2).

Midtjylland bakal bertemu PSV Eindhoven pada 3 Ogos ini untuk pusingan ke-3 Kelayakan Liga Juara-Juara UEFA.