Advertising
Mika Junco Pasang Impian Jadi Peledak Berbisa Negeri Sembilan
MakanBola
Negeri Sembilan FC

Penyerang baharu Negeri Sembilan FC (NSFC), Miguel Angel Junco atau lebih dikenali dengan panggilan Mika mahu memanfaatkan peluang beraksi bersama pasukan barunya itu dengan menjadi penyerang berbisa.

Penyerang berusia 31 tahun kelahiran Sepanyol itu dijangka bakal mengetuai jentera serangan Negeri Sembilan FC dalam saingan Liga Super yang bakal bermula 12 Mei 2024.

Ad

“Sudah tentu saya mahu membantu pasukan dan menjaringkan gol sebanyak yang boleh. Saya mengenali kelab ini ketika beraksi di Kemboja dan saya gembira dapat beraksi bersama pasukan ini,” jelas Mika seperti yang disiarkan di NSFC.

Ad

Bagi Ketua Jurulatih Negeri Sembilan, Azzmi Aziz, beliau menganggap kehadiran Mika akan meningkat kestabilan di dalam pasukan kendaliannya.

“Kehadiran beliau diharapkan dapat membantu meningkatkan kestabilan pasukan serta menambah pilihan strategi dalam permainan.

Ad

“Saya yakin dengan pengalaman dan reputasinya, serta kerjasama dari semua pemain, pasukan kita dapat memberi saingan yang baik musim ini,” kata Azzmi.

Ad

Untuk rekod, Mika pernah memenangi anugerah kasut emas bersama bekas pasukannya di Finland, FC KTP pada musim 2022.

Ad

Bersama FC KTP untuk musim 2020, 2022 dan 2023, Mika telah beraksi sebanyak 61 perlawanan. Beliau telah menjaringkan sebanyak 36 gol serta mencatatkan 10 bantuan gol.

Bagi saingan musim baharu Liga Super, Negeri Sembilan kini telah menandatangani enam pemain import iaitu Mika, Hein Ttet Aung dari Myanmar yang dipinjamkan daripada pasukan Selangor FC, Takumi Sasaki (Jepun), Aliyu Abubakar (Nigeria), Jacque Faye (Senegal) dan An Sang-Su (Korea Selatan).