Advertising
Minit Permainan Kunci Rebut Tempat Dalam Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Razman Roslan melihat minit permainan sebagai kunci buat pemain tempatan merebut tempat dalam skuad Harimau Malaya.

Aspek itu dilihat kunci kerana jurulatih skuad kebangsaan, Peter Cklamovski sudah pasti akan menilai prestasi semasa semua pemain.

Ad

Beliau percaya jika aspek itu menjadi keutamaan, Harimau Malaya bakal diperkuatkan dengan pemain-pemain yang menyerlah dari segi prestasi semasa.

Ad

“Saya rasa minit permainan juga penting. Sebab jurulatih juga akan melihat dari segi prestasi semasa, jadi manfaat yang mereka dapat ialah mereka akan dapat pemain yang menyerlah ketika itu,” katanya kepada Nadi Arena.

“Mungkin akan ada beberapa pemain lama yang kita tidak panggil. Tapi bagi saya, pemain baru atau pemain di mana prestasinya baik dan diberi peluang, itu sesuatu yang baik untuk pasukan kebangsaan.”

Ad

Razman turut melihat pendirian Cklamovski yang mengamalkan polisi pintu terbuka dilihat akan membantu beliau membentuk skuad Harimau Malaya yang mantap.

Ad

“Saya rasa dia seorang yang terbuka. Dia akan menilai pemain dari semasa ke semasa,” tambahnya.

Ad

“Dan kita mengharapkan satu keputusan yang baik untuk membantu skuad kebangsaan kita berada di landasan yang baik.”

Cklamovski bakal membimbing skuad negara menentang Nepal untuk aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027. Aksi tersebut bakal berlangsung pada 25 Mac ini.