Blog
Advertisements

Safawi Rasid merupakan antara pemain muda paling bernilai pernah Malaysia miliki dekad ini. Umurnya yang masih muda dan aksi pantas beliau di padang boleh membuatkan pihak lawan tercungap-cungap sambil menyalahkan rakan sepasukan yang tidak merantai Safawi dengan baik.

Safawi yang kembali ke JDT selepas selesai mewakili Portimonense secara pinjaman tidak memerlukan masa yang lama untuk membuktikan kredibilitinya setelah berjaya membantu Johor Darul Ta’zim menjuarai Piala Sumbangsih 2021 dengan 1 jaringan cantik pada minit ke-35.

Mana mungkin pihak lawan dengan mudah merantai Safawi berikutan kepantasan kakinya mampu membuat sepakan deras terutama dari kaki kirinya.

Advertisements

Aksi pantas Safawi tidak hanya menghukum pasukan lawan dalam saingan tempatan malah pernah mengejutkan pihak lawan yang kuat dari rantau Asia seperti Shandong Luneng yang dibarisi pemain ternama dunia seperti Marouane Fellaini dan Graziano Pelle.

Tidak hairanlah kenapa pemain berumur 22 tahun ini menerima anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam Anugerah Bola Sepak Tempatan pada tahun 2019. Ibu Safawi sehinggakan menangis setelah mendengar berita anugerah berkenaan.

Menurut ayahnya, Rasid Sulong, 65, Safawi akan menghubunginya dan ibunya setiap kali sebelum perlawanan untuk memohon restu kedua ibu bapa.

Advertisements

Menurut ayah Safawi lagi, amalan ini bermula sejak di bangku sekolah lagi dan berterusan sehingga sekarang. – Sumber petikan kata-kata dari Sinar Harian.

51573857087 TBSafawiRasid Restu Ibu Bapa Sebelum Perlawanan Bantu Kejayaan Safawi Rasid
Gambar Astro Awani

Selain itu Safawi juga dikhabarkan seorang yang menjaga solat dan tidak melupakan kedua ibu bapanya sepanjang menjadi pemain bola sepak profesional.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram