Ads
Misi Emas Olimpik, Hamidin Gesa Atlet ‘Berkorban’ Dari Sekarang
UltraSukan
Olympic Malaysia

Ketua kontinjen Malaysia ke temasya Sukan Olimpik 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin menggesa atlet negara untuk berkorban jika ingin mendapatkan pingat emas Olimpik pertama negara.

Advertisements

Hajat Malaysia untuk mengakhiri penantian pingat emas pertama di Paris, Perancis tidak kesampaian. Ini selepas kontinjen negara menamatkan kempen Olimpik dengan dua pingat gangsa.

Advertisements

Acara badminton menyumbang kepada dua pingat berkenaan menerusi beregu lelaki, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik serta jaguh perseorangan lelaki, Lee Zii Jia.

Advertisements
Advertisements

Hamidin mengakui kegagalan meraih pingat emas di Paris bakal menjadi pembakar semangat buat atlet negara untuk memburu kejayaan di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 2028.

“Kita nakkan emas (dan) kita usahakan ke arah itu tetapi kita gagal. Jadi, kalau tanya dengan saya, dendam itu membaralah dekat LA (Los Angeles).

Advertisements

“Saya bercakap kalau pun satu hari kita mesti berusaha untuk tempoh empat tahun lagi,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 13 Ogos lalu.

Pada masa sama, beliau melihat untuk merealisasikan usaha itu, atlet negara perlu berkorban dari sekarang. Ini kerana temasya Olimpik bersifat elit kerana menampilkan barisan atlet hebat dari serata dunia.

Atas sebab itu, para atlet negara bukan saja perlu menonjolkan prestasi luar biasa bila beraksi. Malah, mereka juga perlu berkorban jika ingin mengharumkan nama Malaysia.

“Kita kena berusaha dari sekarang sebab Olimpik ini tempat berkumpulnya (para atlet) bertaraf dunia. Jadi, ini satu pertandingan elit yang perlukan pengorbanan.

“Ia bukan hanya (membabitkan) kerajaan, persatuan dan MSN (Majlis Sukan Negara). Atlet sendiri juga perlu melakukan pengorbanan. Pengorbanan ini banyak, bukan hanya kena berkorban masa hari kejohanan Olimpik tetapi bermula dari sekarang,” tambahnya.

Advertisements

Malaysia menamatkan kempen di Paris di tempat ke-80 dengan kutipan dua pingat gangsa sekaligus berkongsi kedudukan sama dengan Albania, Grenada dan Puerto Rico.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram