India mempunyai misi besar untuk membalas dendam susulan tragedi duka 13 Oktober menentang Harimau Malaya.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan bahawa pasukan ke-126 dunia, India bakal menjadi lawan pada kalendar FIFA bulan November nanti.
Pertemuan itu berlangsung kurang 12 bulan selepaa kedua-dua pasukan bertemu pada aksi Pestabola Merdeka 2023 di Bukit Jalil.
India ketika itu dibimbing oleh Igor Stimac menelan hakikat perit apabila tunduk dengan keputusan 4-2 menentang Harimau Malaya.
Jaringan daripada kapten pasukan, Dion Cools disusuli oleh tiga lagi daripada Arif Aiman, Faisal Halim dan Corbin-ong cukup untuk membawa Malaysia melangkah ke pentas akhir.
India bagaimanapun berpeluang untuk menebus duka itu apabila kedua-dua pasukan bakal bertemu pada 19 November di tempat lawan.
Sebagai rekod, Malaysia merakamkan tiga kemenangan dalam 5 aksi antarabangsa terakhir dan melonjak dua tangga ke kedudukan 132 dunia.
India pula tidak mencatatkan sebarang kemenangan dalam 6 aksi terakhir termasuklah tewas tiga perlawanan dengan dibelasah Syria pada aksi terakhir.
Aksi antara India dan Harimau Malaya akan berlangsung pada 19 November 2024 dengan venue di tempat lawan masih belum dikenal pasti.