Misteri Kehilangan Mbappe Dari Kem Latihan Perancis Akhirnya Terjawab
MakanBola
Goal.Com
Sponsors

Penyerang berbisa Perancis, Kylian Mbappe telah mencetuskan keresahan dalam bilik persalinan pasukan apabila dilaporkan tidak menyertai latihan Selasa lalu.

Pemain berusia 23 tahun ini difahamkan baru sahaja pulih daripada kecederaan buku lali uang dialaminya sebelum kejohanan Piala Dunia bermula.

Ad
Sponsors

Malah, beliau segera memberi impak seperti yang dijangkakan apabila meledak 5 gol dalam 4 penampilan di Qatar.

Ad

Walau bagaimanapun, bintang sensasi PSG itu mencetuskan keresahan apabila beliau dikesan tidak menyertai latihan sekaligus mneyebabkan pelbagai spekulasi timbul.

Situasi ini akhirnya dijelaskan oleh pertahanan pasukan, Ibrahima Konate yang memaklumkan bahawa Mbappe hanya menjalani latihan di dalam ruang tertutup bersama jurulatih.

Ad

Beliau juga yakin tiada apa yang perlu dirisaukan berkenaan kem Perancis kerana semuanya berada dalam keadaan terkawal.

Ad

Khidmat Mbappe sudah tentu ditagih oleh pasukan tatkala ketajamannya sudah pasti memberikan masalah kepada barisan pertahanan England kelak.

Ad