Pemain sayap sensasi Liverpool, Mo Salah beri khabar gembira buat penyokong selepas dimaklumkan bakal memeterai kontrak baharu bersama pasukannya itu.
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan terkenal Eropah, Fabrizio Romano yang menyatakan bahwa Mohamed Salah hampiri fasa terakhir menandatantangi kontrak baharu bersama Liverpool.
Pemain kelahiran Mesir itu dikhabarkan akan terus bersama Liverpool pada musim hadapan.
Sebelum ini, beliau ada menyatakan bahawa tahun ini merupakan musim terakhirnya bersama Liverpool oleh kerana tiada perbincangan tentang kontraknya.
Kontrak asalnya bersama Liverpool difahamkan berakhir pada bulan Jun ini. Ada ura-ura mengatakan beberapa kelab dari Arab Saudi menunjukkan minat terhadapnya.
Untuk rekod musim ini di Liga Perdana Inggeris, Mo Salah mendahului carta penjaring terbanyak dengan 27 gol serta 17 bantuan gol berjaya dihasilkan.