Modal RM 30 Sahaja Dah Boleh Rasa Naik Hummer Limosin
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) memberi peluang kepada semua pengunjung Stadium Sultan Ismail (SSI) untuk merasai pengalaman, mengelilingi kawasan perkarangan stadium dengan menaiki sebuah kenderaan ekslusif dan ikonik, iaitu Hummer Limosin.

Kenderaan mewah dan unik itu telah di ‘custom’ khas di bahagian dalamnya untuk menaikkan seri dan memaparkan identiti sebagai sebuah kelab gergasi di Asia.

Ketua Unit Komersil Kelab Bolasepak JDT, Kevin Ramalingam berkata, Hummer Tour ini merupakan satu inisiatif awal untuk kelab JDT menarik para pengunjung menjadikan Stadium Sultan Ibrahim sebagai tempat pelancongan yang baharu.

Advertisements

 “Woodfire dan Hummer Tour adalah tarikan yang pertama, selepas ini lebih banyak restoran menarik yang akan dibuka. Sebenarnya, banyak program menarik yang kita rancang namun tidak dapat dilaksanakan disebabkan banyak sekatan, maka terpaksa ditangguhkan dahulu.”

Kevin berkata bermula 1 April (Hari Ini) para peminat dan penyokong bola sepak tempatan sudah boleh hadir mengunjungi bersama ahli keluarga dan kawan-kawan untuk merasai pengalaman istimewa berada di ‘Home Of JDT’.

“Jadi bermula 1 April ini, banyak yang akan dibuka dan harapnya dalam masa tiga bulan akan datang banyak lagi tarikan diperkenal,” katanya kepada Utusan Malaysia pada sidang akhbar semalam.

Advertisements

Tambah Kevin jika Hummer Tour ini mendapat sambutan, perkhidmatan ini akan dibuka pada setiap hari. Dengan hanya bermodalkan RM 30, para pengunjung sudah boleh menaiki kenderaan mewah dan ekslusif Hummer Limosin ini.

“Jika ia mendapat sambutan luar biasa, mungkin perkhidmatan ini akan diadakan pada setiap hari dengan disertakan peluang melawat ke dalam stadium,” katanya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram