Mohamadou Sumareh Telah Buktikan Naturalisasi Bukan Satu Pembaziran
Blog
FAM
Advertisements

Pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh pastinya akan dikenang sebagai salah seorang pemain naturalisasi yang berjaya ketika menyarung jersi Harimau Malaya.

Membuat penampilan sulung pada perlawanan Malaysia menentang Sri Lanka pada Oktober 2018, Sumareh berjaya meledak satu gol untuk membantu Malaysia menang 4-1 dan meneruskan rentak jaringannya apabila menjaringkan satu gol ketika Malaysia menewaskan Maldives 3-0 sebulan kemudian.

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu tidak berhenti di situ sahaja apabila Sumareh sekali lagi menjadi watak penting dalam kemenangan bergaya Malaysia ke atas musuh ketat, Indonesia 3-2 di Stadium Gelora Bung Karno. Dalam perlawanan tersebut, Sumareh yang masuk selaku pemain gantian, berjaya meledak 2 gol. Lebih menarik lagi, Sumareh menjaringkan gol kemenangan di saat-saat akhir ketika perlawanan hampir ditamatkan.

Advertisements

Selepas prestasi yang membanggakan dipamerkan oleh Sumareh, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meneruskan program naturalisasi dengan Liridon Krasniqi dan Guilherme De Paula diberi peluang untuk menyarung jersi negara.

Walaupun dikecam hebat selepas aksi longlai ketika kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, namun Timbalan Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi yakin pemberian status naturalisasi kepada Liridon Krasniqi dan Guilherme De Paula tidak dianggap satu kegagalan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Saya beranggapan kualiti mereka sebagai pemain masih ada, tapi belum serasi dengan pemain lain. Saya tak anggap naturalisasi ini sebagai satu kegagalan sebab kita melihat banyak pasukan lain juga menggunakan pemain naturalisasi termasuk UAE,” katanya kepada Utusan.

Advertisements

Pada Jun yang lepas, Tan Cheng Hoe mengakui bahawa Endrick Dos Santos dan Gonzalo Cabrera termasuk dalam sebahagian perancangan untuk dinaturalisasikan sebagai satu usaha untuk membantu Harimau Malaya, namun segalanya bergantung kepada perbincangan dengan pemain.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram