Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Mohd Firdaus Mohamed melihat keupayaan yang ada
pada pemain bola sepak tempatan pada hari ini dan dahulu adalah berbeza. Beliau mengulas perkara itu
pada sidang media ketika Taklimat Pasukan Piala Presiden dan Piala Belia 2022 semalam.
Menurut Firdaus, para pemain dahulu rajin berusaha dan sentiasa bekerja keras dalam meningkatkan prestasi masing-masing. Berbeza pula dengan zaman kini, beliau melihat jurulatih pula yang lebih membanting tulang, mengerah tenaga demi memperkuat pasukan.
“Dulu pemain buat kerja lebih namun zaman sekarang tak macam itu kerana jurulatih perlu buat kerja keras, contohnya jika pemainnya bermain sebagai pertahanan kanan, beliau kena pastikan pemain itu benar-benar memahami peranannya.”
Mengulas lanjut, naib presiden FAM itu menjelaskan bahawa asas permainan pemain kita kini kurang. Oleh kerana itu, beliau berpendapat bahawa tenaga pengajar ataupun jurulatih yang membimbing pasukan perlulah mempunyai kelayakan sepatutnya dan berkemahiran tinggi.
“Saya lihat hari ini asas pemain kita minta maaf ‘ke laut’. Sebab itu pemilihan individu khususnya dalam
akademi bola sepak perl berkemahiran. Kita nak orang berkemahiran tinggi mengajar bukan sekadar
(pernah) main wakili negara” kata Firdaus kepada Bernama.