Momen Indah Faisal Halim & Arif Aiman Di Final Piala FA Undang Sebak
MakanBola
FA Malaysia

Momen indah buat pemain Selangor FC, Faisal Halim selepas dapat bertemu bekas rakan sepasukannya ketika mewakili skuad kebangsaan, Arif Aiman usai tamat perlawanan akhir Piala FA pada Sabtu.

Arif yang menyarung jersi Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat telah berjabat tangan dan memeluk erat Faisal selepas tamat perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil itu.

Momen indah itu nyata mengundang sebak para wargamaya yang sentiasa merindui kelibat kedua-dua pemain ini beraksi bersama di dalam skuad kebangsaan.

Ad

Video berdurasi 26 saat itu telah tular di laman Tiktok dan telah dintonton lebih 200 ribu kali tontonan ketika laporan ini ditulis.

Ad

Tinjauan di ruangan komen, rata-ratanya berharap Faisal dan Arif akan bersama lagi di dalam skuad kebangsaan suatu masa nanti.

@symxil1

💔#selangorfc #ultrasel❤️💛

Ad
Ad
♬ original sound – danikun? – 𝐀✰

Pada aksi final Piala FA di antara JDT dan Selangor, Arif tampil cemerlang dengan menyumbang gol kedua buat pasukan JDT.

Ad

Juan Muniz menjadi wira JDT apabila meledak hatrik manakala dua lagi jaringan dicetak oleh Bergson dan Heberty untuk menghadiahkan kemenangan besar 6-1 buat JDT.

Kemenangan ini sekali gus memberikan kejuaraan Piala FA ketiga berturut-turut buat JDT sejak 2022.