MPFL: JDT Atasi Tentangan Sengit TOT United
UltraSukan
JDT Futsal

Johor Darul Ta’zim (JDT) terus memperkukuhkan cengkaman di persada Divisyen 1 Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) dengan menewaskan TOT United.

JDT berharap dapat melebarkan rekod kemenangan 100% pasukan itu kepada empat perlawanan. TOT United pula memburu kemenangan pertama musim ini.

View this post on Instagram

A post shared by JDT Futsal (@futsaljdt)

Ad

Ridhwan Zainal kembali memperkuatkan TOT United selepas memenuhi tugasan skuad bola sepak pantai kebangsaan di Thailand pada Mac lalu. Bruno Taffy dan Caio Cesar terus menjadi sandaran gol JDT.

Ad

Meskipun beraksi di gelanggang lawan, itu bukan halangan buat Harimau Selatan membuka tirai jaringan menerusi Taffy seawal minit keempat.

Taffy terus menjadi duri dalam daging kepada barisan pertahanan TOT United dengan meledakkan gol kedua pelawat pada minit ke-13.

Ad
Ad

Ridhwan menceriakan kem TOT United dengan melepaskan rembatan jauh yang menewaskan penjaga gol JDT, Azrul Hadee Mohd Taufiq pada minit ke-17

Ad

Keceriaan TOT United hanya bertahan selama beberapa minit. Caio Cesar memulihkan kelebihan dua gol JDT untuk memastikan keputusan 3-1 sehingga rehat.

View this post on Instagram

A post shared by JDT Futsal (@futsaljdt)

Bersambung selepas rehat, TOT United berusaha merapatkan defisit gol dengan juara Divisyen 1 musim 2024 itu.

Hasilnya, Sufri Shamil menyumbat gol kedua tuan rumah menerusi rembatan jarak jauh yang menewaskan Azrul Hadee.

Kem JDT kembali ceria apabila penyerang kebangsaan, Awalluddin Mat Nawi meledakkan dua gol bagi menjadikan kedudukan 5-2.

Bekas penyerang Selangor FC, Syed Aizad Daniel Syed Nasir menambah derita TOT United dengan menyumbat gol keenam pelawat.

Ahmad Azim Mohamad mengurangkan defisit TOT United dengan menyumbat gol ketiga. JDT terus berusaha mencari jaringan tambahan tetapi keputusan 6-3 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini menyaksikan Harimau Selatan terus selesa menerajui Divisyen 1 MPFL dengan 12 mata. TOT United pula terus kempunan mencari kemenangan pertama musim 2025.

Selepas ini, JDT akan berdepan cabaran KL City FC pada 26 April. TOT United pula akan berdepan Malaysian University FT pada hari yang sama.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments