MPFL: JDT Mara Ke Final, Belasah Selangor TOT United
MakanBola
JDT Futsal
Sponsors

Pasukan futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) FC membelasah Selangor Tot United 8-3 dalam aksi kedua separuh akhir MPFL 2023 hari ini. Ini sekaligus membolehkan JDT FC mara ke final MPFL 2023 dengan keputusan agregat 15-8.

Selangor TOT muncul di Stadium Tertutup Pasir Gudang dengan harapan merapatkan jurang agregat selepas tewas 7-5 dalam aksi pertama separuh akhir pada 24 Julai lalu.

Ad
Sponsors

Separuh masa pertama menyaksikan JDT FC dibolosi tiga gol oleh pelawat menerusi Helio Neto, Wan Abdul Raziq Wan Zulhasmi dan kapten Yazid Kamaruzuan.

Ad

Biarpun Harimau Selatan cuba bangkit dengan menyumbat satu gol, Selangor TOT memastikan agregat 8-8 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, pengendali JDT FC, Juan Antonio Miguel Garcia menggesa anak-anak buahnya meningkatkan tempo serangan mereka.

Ad

Percaturan jurulatih Sepanyol itu berhasil apabila Harimau Selatan berjaya mengikat kedudukan 3-3 dalam tempoh lima minit menerusi gol Caio Cesar dan Muhammad Ekmal Shahrin.

Ad

Ini memberi tekanan kepada Selangor TOT kerana tuan rumah kini mendahului secara agregat 10-8.

Ad

Pelawat makin tertekan apabila Abu Haniffa Hasan membuat tolakan mudah menewaskan penjaga gol, Helmi Imran Mohd Nor untuk gol keempat JDT FC.

Harimau Selatan menamatkan sisa perjuangan Selangor TOT dengan empat lagi gol menerusi Ekmal, Abu Haniffa, Caio Cesar dan Fakhrul Islam Anizam.

Keputusan ini memastikan JDT FC bakal bersemuka dengan Pahang Rangers pada aksi final MPFL 2023.