MPFL: JDT Menang Selesa, Selangor Kecewa Minit Akhir
UltraSukan
JDTF/SFC
Sponsors

Nasib berbeza dialami oleh skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor dalam minggu ke-6 Malaysian Premier Futsal League (MPFL) pada Sabtu.

Saingan MPFL minggu ke-6 menyaksikan JDT turun bertemu Sabah di Pasir Gudang dengan skuad Harimau Selatan ketika ini berada di momentum terbaik apabila selesa terajui carta.

Ad
Sponsors

Anak didik Miguel Garcia ini menepati ramalan sebagai juara bertahan apabila menewaskan Sabah 4-1 hasil gol daripada Fakhrul Islam, Abu Haniffa, Caio Cesar serta Awalluddin Mat Nawi.

Ad

Cerita berbeza pula diterima oleh pasukan Selangor apabila skuad Gergasi Merah itu terpaksa akur pulang dari Kuantan tanpa sebarang mata apabila tewas di saat akhir di tangan Pahang Rangers.

Ad

Aksi tersebut berlangsung sengit dengan 11 jaringan dicipta oleh kedua-dua pasukan dengan dua gol lewat oleh Pahang Rangers memastikan Selangor tewas buat kali kedua musim ini.

Ad

Di babak pertama Pahang Rangers berjaya mendahului 3-2 sebelum Selangor kembali bangkit menyumbat dua lagi gol untuk berada di hadapan ketika permainan berbaki 10 minit lagi.

Ad

3 jaringan dalam tempoh 10 minit terakhir menerusi Matheus Moura (minit ke-32), Razin Rahim dan Harith Na’im (minit ke-39) membantu Pahang Rangers memintas kedudukan 6-4 di hujung aksi.

Pemain import Selangor, Vitor Fernandes cuba beri harapan buat Selangor bangkit dengan gol ke-5 namun itu sudahpun terlambat untuk msnghalang Pahang Rangers dari meraih 3 mata.

Keputusan ini menyaksikan JDT terus mengukuhkan posisi di tangga teratas MPFL dengan 18 mata maksimum daripada 6 aksi, diikuti Pahang Rangers dan juga Selangor di tempat ke-2 dan ke-3.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments