MPFL: JDT Pamer Taring Juara Atasi Selangor
UltraSukan
JDT Futsal

Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Malaysian Premier Futsal League (MPFL) setelah menumbangkan Selangor pada Sabtu.

Kedua-dua pasukan turun kali ini dengan misi penting untuk mengutip 3 mata setelah Selangor dan JDT masing-masing cemerlang menewaskan Kedah dan MUFT pada aksi pertama lalu.

Selangor menampilkan bintang muda berbakat, Syahir Iqbal Khan untuk merobek gawang lawan manakala pasukan JDT pula dibarisi pemain-pemain utama seperti Abu Haniffa dan Caio Cesar.

Ad

Penguasaan bola dan serangan tanpa henti dilancarkan oleh Selangor dari awal permainan dalam usaha untuk mendapat gol awal dengan Syahir Iqbal memiliki peluang terbaik namun tersasar.

Ad

Walau bagaimanapun, JDT terlebih dahulu di hadapan hasil jaringan Awalluddin Mat Nawi yang menyudahkan hantaran jauh dari rakan sepasukan untuk gol pertama pelawat pada minit ke-9.

Seminit kemudian, kesilapan penjaga gol Selangor, Syawal Sabaruddin dihukum oleh penyudah cemerlang Awalluddin Mat Nawi untuk pemain kebangsaan ini mencetak jaringan kedua JDT.

Ad
Ad

Separuh masa pertama tamat, Selangor 0-2 JDT.

Ad

Kembali dari rehat, tuan rumah kekal agresif dengan asakan bertubi-tubi ke arah kubu JDT namun masih buntu merobek gawang Harimau Selatan yang dikawal cemerlang oleh Azrul Hadee itu.

JDT yang juga juara bertahan MPFL sekali lagi mengambil kesempatan di atas kesilapan pemain The Red Giants bagi meledak gol ketiga menerusi bekas tonggak Selangor, Syed Aizad.

Aksi di KOMBES, Shah Alam berakhir dengan keputusan 3-0 memihak JDT.

Saingan minggu ke-3 bakal menyaksikan Selangor berdepan TOT United di Kuala Lumpur manakala JDT akan kembali ke Pasir Gudang bagi melayani kunjungan Pahang Rangers.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments