MPFL: JDT Tinggal Jauh Kedudukan Selangor
UltraSukan
JDT/Selangor FC Futsal
Sponsors

Kedudukan terkini Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) menyaksikan skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) jauh meninggalkan pesaing yang lain termasuklah pasukan Selangor.

JDT yang dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan Shah Alam City pada Ahad lalu berjaya merakamkan kemenangan kesembilan berturut-turut dalam saingan liga untuk berada di tangga pertama.

Ad

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Tertutup Pasir Gudang, skuad Harimau Selatan ketinggalan 0-3 di awal permainan sebelum bangkit mengejar dan meledak gol kemenangan di penghujung babak kedua menerusi Bruno Taffy.

Ad

Kemenangan epik 6-5 ini sekaligus mengukuhkan tempat JDT di tangga pertama carta MPFL 2024 dengan 27 mata maksimum daripada sembilan perlawanan tatkala saingan liga berbaki lima lagi aksi.

Sementara itu, dua pasukan pencabar, Pahang Rangers dan Selangor Futsal ketinggalan agak jauh di tangga kedua dan ketiga masing-masing dengan 19 dan juga 18 mata meskipun mengutip tiga mata penuh minggu lalu.

Ad

Pahang Rangers menewaskan Sabah di Kuantan dengan keputusan 4-3 manakala Selangor yang bertandang ke Ortuseight Arena, Kuala Lumpur cemerlang menumpaskan KL City 5-2 dengan 2 gol daripada import baharu, Gabriel Rosa.

Ad

Kedudukan liga terkini menyaksikan tiga pasukan teratas liga diduduki oleh nama-nama besar seperti JDT, Pahang Rangers dan Selangor, namun Harimau Selatan memiliki kelebihan jurang sebanyak lapan mata di puncak.

Saingan liga kembali bersambung pada hujung minggu ini dengan aksi di antara Selangor dan JDT di KSN Panasonic pada 14 Julai akan menjadi tumpuan ramai manakala Pahang Rangers akan berkunjung ke ibu negara untuk berdepan Gombak TOT United.