Advertising
Muangthong United Bakal Ambil Tindakan Undang-undang
MakanBola
Muangthong United FC

Kelab Thai League 1, Muangthong United bakal mengambil tindakan undang-undang.

Langkah ini diambil susulan beberapa laporan media menyatakan pasukan itu dikenakan sekatan perpindahan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) baru-baru ini.

Ad

Kelab yang diberi jolokan The Kirins itu menyifatkan berita tersebut sebagai palsu dan memberi kesan negatif kepada reputasi pasukan berkenaan.

Ad

“Kelab memandang serius khabar fitnah tersebut dan mahu menegakkan integriti kewartawanan,” kata kelab dalam satu kenyataan.

“Muangthong United amat komited kepada pembangunan dan profesionalisme bola sepak di Thailand.”

Ad

Muangthong kini sibuk memantapkan pasukan menjelang separuh kedua musim 2024/25. Pasukan yang dibimbing Gino Lettieri itu sudah merekrut dua pemain baru.

Ad

Dua pemain tersebut ialah Patrik Gustavsson dan Jaturapat Sattham. Gustavsson tiba secara pinjaman dari BG Pathum United selepas menghabiskan tempoh pinjaman bersama kelab J3 League, Nara Club.

Ad

Jaturapat pula menyertai The Kirins sebagai ejen bebas selepas meninggalkan kelab Port FC. Beliau akan bersaing dengan Scott Woods dan Sathaporn Daengsee untuk slot bek kiri.

Selain saingan Thai League 1, Muangthong juga bersiap sedia untuk aksi pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) menentang Lion City Sailors. The Kirins bakal berentap dengan The Sailors pada 13 dan 20 Februari 2025.