Muhammad Abu Khalil Selangkah Terima Kontrak Kelab Liga Jepun?
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Pemain muda Selangor, Muhammad Abu Khalil dijangka terima tawaran dari kelab yang beraksi di JLeague 3, FC Osaka.

Dalam satu perkembangan sebelum ini, pemain berusia 19 tahun itu menjalani latihan bersama sebuah kelab di Jepun. Beliau terbang kesana untuk menjalani satu siri percubaan bersama kelab FC Osaka.

Ad
Sponsors

Menurut perkongsian daripada OneFootball di laman X, Muhammad dikatakan telah berjaya menjalani latihan percubaan disana.

Ad

Barisan kejurulatihan dan pengurusan kelab teruja dan gembira dengan kebolehan yang dimiliki kapten skuad muda Selangor ini. Muhammad dijangka ditawarkan kontrak untuk beraksi dan memperkuat skuad kendalian Naoto Otake itu.

Sekakat ini, belum ada pengumuman rasmi tentang berita perpindahan pemain ini ke pasukan itu.

Ad

FC Osaka merupakan kelab Divisyen 3 Jepun yang beraksi dalam saingan JLeague 3. Ketika ini, Osaka FC sedang berada di kedudukan ketiga dalam saingan JLeague 3 selepas 14 perlawanan.

Ad