Mukhairi Ajmal Alami Jangkitan Kuman
MakanBola
FA Malaysia

Pengendali skuad bawah 22 tahun negara, E. Elavarasan mengesahkan jeneral tengah, Mukhairi Ajmal alami jangkitan kuman di perut.

Pemain tengah Selangor itu terpaksa meninggalkan skuad kebangsaan bagi Kejohanan Piala Merlion kerana perlu menjalani rawatan lanjut di bersama Doktor.

“Dia tidak dalam keadaan baik, malah Doktor menasihatkannya supaya jangan bermain dan perlu pulih..jadi saya fikir lebih baik untuk dia pulih,” kata Elavarasan dipetik daripada Harian Metro.

Ad

Walaubagaimanapun, Mukhairi Ajmal masih berpeluang untuk bersama skuad negara B-22 tahun bagi aksi Sukan Sea 2023 yang akan dijalankan pada 29 April ini jika beliau segera sembuh.

Ad

Skuad muda negara akan bertolak ke Singapura esok dan akan memulakan perlawanan pertama Piala Merlion menentang Kemboja di Stadium Besar Singapura pada Jumaat ini.

Malaysia juga akan meneruskan aksi dengan menentang Singapura dan juga Hong Kong sebelum melangkah ke pusingan kalah mati.

Ad