Mukhairi Ajmal: Persiapan Malaysia Tidak Terjejas
Harimau Malaya
Azri / MakanBola
Advertisements

Pemain tengah Malaysia, Mukhairi Ajmal menganggap persiapan skuad kebangsaan Malaysia masih berada dilandasan yang tepat walaupun terdapat khabar angin tentang penarikan diri pasukan Palestin.

Namun setakat ini pihak penganjur FAM masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi tentang sama ada Palestin sah menarik diri ataupun sebaliknya.

“Alhamdulillah, kita dapat beradaptasi dengan corak latihan pasukan kebangsaan dan kita tahu semua pemain berkualiti yang ada disini saling menyokong sesama kita.” ujar Mukhairi dalam temuramah bersama Harimau Malaya.

Advertisements

“Bagi saya, kita sebagai pemain sentiasa bersedia walau apa yang berlaku dan ia tidak mengganggu situasi pemain kerana jurualatih Kim Pan-gon sentiasa menjaga fokus pemain untuk setiap perlawanan.” tambah Mukhairi tentang persiapan Malaysia ketika ini.

Pemain berusia 21 tahun itu juga turut berkongsi tentang kepentingan menjaga pemakanan dan waktu tidur dalam membantu dirinya mengekalkan kecergasan dan tahap mental beliau selaku pemain bola sepak profesional.

Mukhairi kini telah tampil bersama skuad junior Malaysia dan skuad senior Malaysia apabila telah bersama pasukan bawah 23 tahun dalam aksi kelayakan Piala Asia September lalu dan terbaru bakal menyertai pasukan senior dalam kejohanan Pestabola Merdeka.

Advertisements

Mukhairi juga berharap dapat membantu pasukan Harimau Malaya menjulang Piala Pestabola Merdeka tahun ini bagi meningkatkan lagi keyakinan persiapan skuad kebangsaan menjelang Piala Asia.

Mukhairi Ajmal telah tampil bermain sebanyak 17 kali bersama pasukan Selangor pada musim ini dan telah mencetak 2 gol serta 3 bantuan jaringan buat pasukan Selangor dan aksi cemerlang beliau berjaya menambat hati ketua jurulatih negara.

Malaysia bakal bertemu pasukan India dalam aksi separuh akhir Pestabola Merdeka namun jika pasukan Palestin sah menarik diri, perubahan format mungkin akan berlaku pada saat akhir.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram