“Mungkin Terpaksa Pinjam Ah-Long Kerana Kesempitan Wang”
Dunia
Sarawak United FC
Advertisements

Isu tunggakan gaji tiga bulan yang membelenggu para pemain Sarawak United dilihat masih belum menemui noktah. Dengan sebahagian pemain sudah menjual rumah dan kereta untuk menampung kos kewangan, ada yang terpaksa meminta pertolongan ah-long demi meneruskan hidup.

Pahit tetapi itulah realiti yang dihadapi mereka seperti diceritakan bekas pemain Sarawak United, Raja Imran Shah Raja Amin. Malah, janji pengurusan pasukan untuk melangsaikan tunggakan gaji sekitar Disember lepas kini tinggal janji kosong.

“Kami sudah puas merayu kepada pengurusan dan mengadu kepada semua pihak berkaitan untuk membantu menyelesaikan masalah tunggakan gaji.

Advertisements

“Sebelum ini, pengurusan Sarawak United berjanji nak selesaikan pada Disember lalu, namun sekarang ini senyap saja.

“Jika keadaan terus terdesak mungkin ada antara pemain terpaksa meminjam daripada ah-long kerana kesempitan wang,” kata pemain baru Perak itu bila dihubungi Arena Metro.

Selain menjual kereta dan rumah, ada juga yang terpaksa berhutang dengan keluarga dan rakan bagi menyelesaikan pelbagai urusan kewangan termasuk hutang bank.

Advertisements

Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) sebelum itu mendedahkan Sarawak United kini berhutang sebanyak RM400,000 berkenaan tunggakan gaji pemain.

Disebabkan masalah kewangan yang membelenggu kelab tersebut, mereka tidak diberi lesen untuk bertanding dalam Liga Super 2023.

Selain itu, isu tunggakan gaji turut menjadi punca FIFA mengenakan sekatan perpindahan terhadap Sarawak United selepas gagal melangsaikan tunggakan gaji dan pampasan membabitkan Sandro da Silva.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram