Murilo Henrique Terlalu Gembira, Ganti Tugas Corbin-Ong Kali Pertama
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Pertahanan kental pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Murilo Henrique gembira dapat melakukan debutnya ketika aksi Piala FA tempoh hari.

Skuad kendalian Hector Bidoglio melakukan beberapa pertukaran namun tetap menepati ramalan apabila menundukkan Kelantan DN dengan keputusan 4-0.

Ad

Perlawanan itu juga menyaksikan beberapa muka kembali beraksi seperti Syihan Hazmi, Romel Morales, Arif Aiman selain debut yang diberikan kepada Murilo Henrique.

Ad

Pemain berusia 27 tahun itu begitu teruja setelah diberikan peluang untuk beraksi bagi menggantikan peranan Corbin-Ong untuk mengemudi pertahanan kiri.

Beliau menyatakan isi hatinya pada satu hantaran yang dimuat naik di laman sosial beliau.

Ad

“Sangat gembira dan bangga untuk merakamkan debut saya bersama JDT,” ujar Murilo dengan nada gembira.

Ad

Beliau memainkan peranan besar untuk mengekang serangan balas pantas daripada Kelantan DN selain memiliki kualiti fizikal dan kebolehan untuk membantu jentera serangan.

Ad

JDT ketika ini merakamkan rekod bersih 100 peratus kemenangan dalam semua aksi yang diharungi dan mara ke pentas suku akhir Piala FA 2024.

Wakil Liga A1 Semi Pro, Malaysian University bakal menjadi lawan Harimau Selatan pada 28 Jun 2024 di laman sendiri.