Satu demi satu barisan kejurulatihan dan pemain Sabah meninggalkan pasukan berakhirnya musim 2024/25.
The Rhinos berjaya mengekalkan pencapaian cemerlang apabila menamatkan saingan Liga Super di tangga ketiga buat musim ketiga berturut-turut.
Perjuangan hebat pasukan di bawah bayu itu bagaimanapun disulami dengan beberapa perpisahan besar bermula dengan pemergian penyerang, Ramon Machado yang berhijrah ke Azerbaijan.
Sabah terus berdepan cabaran hebat selepas ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee memilih untuk membawa haluan baharu dan ke Indonesia untuk menyertai Persis Solo.
Sungguhpun menamatkan musim dengan cemerlang di bawah kendalian Martin Stano, Sabah tetap perlu mengucapkan selamat tinggal kepada beberapa pemain.
Tonggak lincah Indonesia, Saddil Ramdani juga telah mengucapkan salam perpisahan selepas hampir 4 tahun bersama termasuklah kapten, Park Tae-su.
Sabah dijangka dibarisi beberapa tonggak baharu dalam misi berjuang untuk saingan Liga Super musim hadapan.