Aksi saingan ASEAN Championship malam ini menyaksikan Filipina berjaya bangkit ikat Myanmar di laman sendiri.
Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan utama terbaik. Masing-masing mencari kemenangan pertama dalam kumpulan B.
Pasukan pelawat, Myanmar membuka jaringan pertama pasukan menerusi sepakan percuma dari luar kotak daripada pemain sayap kiri, Maung Maung Lwin pada minit ke-25 permainan.
Separuh masa pertama berakhir dengan jaringan Filipina 0-1 Myanmar.
Myanmar hampir mendahului dengan dua gol pada minit ke-66. Namun, gol tersebut dibatalkan oleh pengadil selepas semakan VAR dibuat.
Pada minit ke-72 permainan, Filipina berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti yang diambil oleh penyerang, Bjorn Martin Kristensen.
Sepuluh minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan, Myanmar curi satu mata berharga dari Filipina.
Selepas ini, Filipina akan berdepan Laos pada 15 Disember dan Myanmar juga akan bertemu Laos pada 18 Disember.