Nacho Mendez Hampir Sarung Jersi Harimau Malaya
MakanBola
RSDG/MNT

Seorang lagi pemain berdarah Sepanyol bakal mewakili Harimau Malaya untuk kempen CAFA Nations Cup.

Ini selepas wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam melaporkan pemain tersebut ialah bekas jeneral tengah Sporting Gijon, Nacho Mendez.

Pemain tengah berusia 27 tahun itu dilaporkan dalam proses akhir mendapatkan kerakyatan Malaysia. Ini sekaligus membuka jalan kepada Mendez mewakili skuad negara.

Mendez yang telah mewakili Gijon sebanyak 218 kali itu memiliki pertalian darah dengan Malaysia menerusi datuknya yang lahir di Pulau Pinang.

“Sedia mewakili Harimau Malaya, difahamkan Nacho Mendez dalam proses akhir untuk dapatkan kerakyatan Malaysia sebagai pemain warisan negara sekaligus bakal beraksi untuk Piala CAFA.

“Atuknya lahir di Penang,merupakan campuran Cuba, Sepanyol dan Malaysia,” katanya di X.

Sekiranya semua proses berjalan lancar, Harimau Malaya bakal mendapat satu lagi aset di bahagian tengah.

Mendez dijangka bersaing dengan ramai pemain hebat untuk mengisi slot bahagian tengah. Antara pesaing beliau ialah Hector Hevel, Nooa Laine, Afiq Fazail dan Hong Wan.