Nafuzi Bersyukur Impian Jumpa JDT Di Final Termakbul
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Terengganu FC mencipta sejarah apabila layak ke final Piala FA selepas kali terakhir mereka layak dan berjaya mejulangnya pada tahun 2011.

Pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain jelas sekali bersyukur dengan kemenangan ini dan beliau sememangnya mengimpikan untuk beraksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas final.

“Bagi saya sendiri, saya memang mengimpikan untuk bertemu JDT di final. Sebab selama 3 musim menjadi jurulatih Terengganu, selalu jumpa JDT di suku akhir dan separuh akhir. Jadi ianya terkandas di situ.

Advertisements

“Yang penting kita dah sampai ke final. Tahun lalu kita terkandas di semi final kepada JDT. Dua tahun lalu di suku akhir. Kita tahu kita tak boleh nak banding dengan JDT. Kita tahu tahap pasukan kita macam mana dan tahap JDT macam mana. Bagi saya, saya nak rasai suasana final bertemu JDT. Alhamdulillah Allah makbulkan hajat,” jelas Nafuzi kepada Flash Sukan dalam sesi sidang media selepas perlawanan.

Pada aksi semalam, Terengganu FC berjaya menumbangkan Selangor FC dalam penentuan sepakan penalti selepas kedudukan terikat 1-1 dalam 120 minit permainan. Kecemerlangan penjaga gol Terengganu, Rahadiazli Rahalim menyelamatkan dua sepakan penalti Selangor jelas sekali menjadi momen utama dalam aksi mendebarkan semalam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram