Ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC, Nafuzi Zain memberi pujian kepada skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang pertemuan di Stadium Sultan Ibrahim esok.
Pengendali muda berusia 44 tahun itu kini menikmati detik terbaik bersama pasukannya yang kini berada dalam momentum yang cukup memberangsangkan.
Mengulas lanjut, beliau mengakui bahawa akan ada sedikit perubahan formasi susulan kehilangan beberapa tonggak utama.
Nafuzi bagaimanapun optimis dengan barisan pemain sedia ada untuk membawa misi pasukan bertandang ke gelanggang lawan.
Beliau tanpa berselindung mengakui waspada dengan cabaran anak didik Tano Solari selepas beberapa pasukan pencabar ‘diratah’ oleh Harimau Selatan.
“Saya perlu lihat semula pemain yang sesuai diturunkan dengan beberapa pemain menjalani penggantungan. Ini juga berdasarkan penerapan taktikal yang kita akan gunakan menentang JDT”
“Kita perlu berwaspada dengan jentera serangan JDT kerana kita tahulah dari semua posisi dan aspek boleh dianggap sempurna,” jelasnya kepada Astro Arena.
Bekas jurulatih Terengganu ini juga berharap keyakinan penyerang berbisa pasukan, William Lira akan terus meningkat bagi menambah koleksi jaringan di Liga Super.
Kedah kini berada pada tanggak kedua Liga Super dan mengekori rapat JDT yang selesa mendahului liga.