Nafuzi Zain Beri Kredit Buat Kalamullah
MakanBola
KDA FC
Sponsors

Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain memberikan kredit buat penjaga gol, Kalamullah Al-Hafiz selepas pemain itu beraksi cemerlang dalam aksi separuh akhir kedua Piala FA bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) tempoh hari.

Bagi Nafuzi, bukan mudah untuk menghalang barisan serangan JDT daripada mencetak gol dan Kalamullah telah memberikan komitmen yang diperlukan dalam perlawanan tersebut.

Ad

“Kredit untuk Kalamullah. Saya rasa dia banyak membantu (mematahkan) serangan. Kita tahu dengan (bahayanya) barisan serangan JDT.

Ad

“Secara keseluruhan, Kalamullah dan pemain-pemain lain pun memberikan komitmen. Jadi kredit kita berikan kepada Kalamullah,” jelas Nafuzi seperti yang disiarkan KDA FC.

Biarpun dibolosi dengan tiga gol JDT, Kalamullah dilihat sebagai watak penting dalam mematahkan setiap serangan daripada JDT dengan beberapa aksi penyelamatan yang wajar diberikan pujian.

Ad

JDT memenangi aksi tersebut dengan keputusan 3-0 sekali gus menempah tempat di pentas final berdepan Selangor FC yang dijadualkan bakal berlangsung pada 24 Ogos depan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ad

JDT dan Kedah akan bertemu sekali lagi dalam saingan Liga Super pada Jumaat (9 Ogos) yang mana menyaksikan JDT menjadi tuan rumah di Stadium Sultan Ibrahim.

Ad