Nafuzi Zain Mohon Maaf
Liga Super
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC, Nafuzi Zain membuat permohonan maaf secara terbuka susulan insiden panas yang berlaku ketika berdepan PDRM FC tempoh hari.

Beliau mengakui bahawa faktor emosi dan tekanan tinggi ketika perlawanan berlangsung telah mendorong dirinya sehingga bertindak di luar kebiasaan terhadap pengadil keempat.

Pengendali berusia 45 tahun ini dikesan cuba untuk berhubung dengan pengadil dalam perlawanan dengan menggunakan mikrofon yang terdapat pafa pengadil tersebut.

Advertisements

“Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak dan penyokong berkenaan insiden kad merah yang dilayangkan kepada saya ini sehingga kita gagal mencapai kemenangan pada perlawanan menentang PDRM FC yang lalu.”

“Saya akui terlalu mengikut emosi dan sepatutnya perkara itu tidak berlaku, dan itu adalah pengalaman pahit serta pengajaran untuk diri saya sebagai jurulatih,” katanya kepada Berita Harian.

Advertisements

Bekas jurulatih Terengganu ini juga tidak menyangkal tekanan pada hari tersebut agak tinggi dan pertama kali tidak dapat mengawal keadaan dengan baik.

“Perkara sebegini kali pertama terjadi kepada saya sepanjang mengendali pasukan dan ia berlaku secara pantas dan spontan, mungkin juga kerana saya terlalu mengikut emosi.”

Advertisements

“Kebiasaannya, saya kekal tenang sahaja setiap kali perlawanan berlangsung, tetapi pada malam itu saya agak beremosi.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram