Najib Razak Yakin Manchester United Akan Bangkit Kelak
Dunia
fb: Najib Razak
Advertisements

Peminat sejati Manchester United (MU), Datuk Seri Najib Tun Razak melaungkan keyakinan bahawa pasukan kegemarannya itu akan bangkit pada aksi minggu hadapan. 

Pada ahad yang lalu, Manchester United telah dimalukan oleh pasukan Brentford dengan keputusan 0-4 di tempat lawan. 

Oleh sebab itu, beliau menerima banyak hantaran berkenaan carta kedudukan MU di Liga Perdana Inggeris daripada pengikutnya di laman Facebook

Advertisements

Datuk Seri Najib turut mengingatkan kepada peminat kelab lain untuk sabar dan melihat kemenangan MU kelak. 

“Penuh Timeline saya gambar ni, Dah cukup lah tu. 

“Ni nak cakap satu je, mulai minggu hadapan mesti dah tak sama. MU akan naik,” kata Datuk Seri dalam hantaran di Facebook miliknya. 

Advertisements

“Seronok ya korang. Baru dua perlawanan, ada lagi 36 perlawanan. Sabar,” katanya. 

Manchester United telah tewas dua kali berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini sekaligus menyebabkan The Red Devils itu berada di tangga tercorot liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram