Bekas pemain kebangsaan, Nidzam Jamil melihat sisi berbeza dalam usaha pasukan di Malaysia mengawal pemain sayap lincah Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi.
Tonggak berusia 24 tahun itu terus menjadi sandaran utama skuad Harimau Selatan selepas membantu JDT melakar kemenangan bergaya 3-0 menentang Terengganu di Gong Badak, malam Ahad.
Beliau melakukan satu gerakan lincah dari tengah padang sebelum bola singgah di kaki Shahab Zahedi bagi jaringan ketiga pasukan.
Menurut Yusri Che Lah, pergerakan lincah tonggak Harimau Malaya ini sememangnya menjadi ancaman hebat kepada pasukan di Malaysia terutamanya barisan pertahanan.
“Untuk menjaga Arif Aiman ini bukan mudah. Beliau memiliki kepantasan dan amat lincah. Beliau cuba melakukan sesuatu pada babak pertama ini tetap belum kesampaian.
Menurut pandangan Nidzam, Arif memiliki kebolehan luar biasa di atas padang dan pasukan lawan memerlukan 2-3 pemain untuk mengawal gerak-geri beliau.
“Saya tak rasa individu (1 lawan 1) mampu mengawal Arif Aiman, ia perlu berlaku secara berpasukan. Ia tak berlaku sangat (1 lawan 1) mampu menjaga Arif Aiman di Malaysia.
“Pada saya, untuk menjaga beliau (Arif) kita perlu tukarkan arahnya bergerak (channel up), saya setuju dengan Yusri, kita perlu cepat untuk menjaga Arif.
“Kalau sekadar nak zon marking beliau, memang tak boleh. Dengan beliau, pertahanan kena cepat dan lasak, dan kena berikan tentangan kepada beliau,” ujar Nidzam kepada Astro Arena.
Sebagai rekod musim ini, Arif telah mencatat tiga jaringan dan 13 bantuan jaringan (tertinggi pemain JDT) sekali gus membuktikan impak luar biasanya kepada sistem pasukan Harimau Selatan.