“Nak Pintas PDRM Pun Tak Lepas”
Liga Super
NSFC
Advertisements

Ketua jurulatih Negeri Sembilan FC, K. Devan mengakui pasukannya tidak berupaya untuk memintas kedudukan pasukan di atas mereka walaupun pasukan PDRM pada musim ini.

Pengendali berpengalaman itu menyaksikan pasukan bimbingannya tewas kepada Kedah Darul Aman dengan keputusan 3-0.

Menerusi penjelasan kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, beliau berpuas hati dengan kemampuan pasukannya beraksi sungguhpun menghadapi kekangan dari pelbagai aspek.

Advertisements

“Dengan skuad sedia ada, pencapaian kita (Negeri Sembilan) untuk menduduki tangga ke-9 Liga Super ini pada saya cukup memuaskan.”

Devan juga mengakui kedudukan ketika ini menyaksikan pasukannya juga tidak berpeluang untuk memintas kedudukan PDRM di atas mereka.

“Dengan baki perlawanan pun kita nak pintas kedudukan PDRM pun tak lepas, ” jelasnya kepada Astro Arena.

Advertisements

Beliau lebih selesa untuk mengekalkan kedudukan sedia ada selain menambah baik beberapa aspek dalam pasukan.

Negeri Sembilan menghuni tangga ke-10 setelah dipintas Perak FC dengan 21 mata selepas 23 perlawanan musim ini.

Mereka akan melayan kunjungan PDRM bagi aksi berikutnya dalam misi mencapai sasaran pasukan bagu musim ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram