Arab Saudi Rasmi Tuan Rumah Piala Dunia 2034
MakanBola
Fabrizio Romano
Sponsors

Arab Saudi sah dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia 2034.

Perkara ini diumumkan oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino awal pagi tadi selepas tarikh tutup bidaan hak tuan rumah kejohanan itu berakhir semalam.

Ad

Sebelum ini, Australia berminat menawarkan diri sebagai tuan rumah Piala Dunia 2034 sebagai tuan rumah bersama Indonesia.

Ad

Malah, pada satu ketika, wujud cadangan agar Australia, Indonesia, Malaysia dan Singapura menjadi tuan rumah bersama untuk temasya itu.

Bagaimanapun, perkara tersebut tidak berlaku dengan majoriti negara anggota AFC termasuk Malaysia menyokong bidaan Arab Saudi.

Ad

Ini mendorong Australia membatalkan niat untuk membida hak tuan rumah. Ini sekaligus menjadikan bidaan Arab Saudi satu-satunya bidaan yang diterima FIFA selepas tarikh tutup bidaan 31 Oktober lalu.

Ad

“Bola sepak menyatukan dunia tidak seperti sukan lain dan Piala Dunia FIFA dilihat pertunjukan sempurna bagi menyampaikan mesej perpaduan dan inklusif serta menunjukkan bahawa budaya berbeza boleh bersama dan boleh belajar serta memahami antara satu sama lain,” katanya di Instagram FIFA World Cup.

Dengan pengumuman ini, maka lengkaplah senarai tuan rumah untuk tiga edisi Piala Dunia yang seterusnya.

Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada merupakan tuan rumah untuk Piala Dunia 2026. Manakala Portugal, Sepanyol dan Maghribi pula merupakan tuan rumah untuk Piala Dunia 2030.

Bagaimanapun, bagi meraikan ulang tahun ke-100 Piala Dunia, Argentina, Brazil dan Uruguay diberi hak menganjurkan perlawanan pembukaan Piala Dunia 2030.