“Nak Tunggu Pemilik Kelab, Sampai Bila-Bila Rumput Lembu” – TMJ
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa semua pihak mengambil langkah proaktif untuk menukar jenis rumput di stadium bola sepak masing-masing.

Dalam satu tulisan di Instagram, beliau mempersoal tindakan pasukan-pasukan Liga Malaysia yang tidak mengutamakan aspek kualiti padang. Mereka ini mampu berbelanja hingga berpuluh juta namun tak mahu menaik taraf jenis rumput yang digunapakai di stadium.

“Kalau nak tunggu owner atau president kelab, sampai bila-bila rumput lembu. Boleh belanja berpuluh juta setiap tahun tetapi padang 900k tak boleh buat.”

Advertisements

TMJ juga berkongsi perbualan ringkas beliau dengan seorang pemilik kelab bola sepak tanah air. Tunku menjelaskan bahawa beliau pelik dengan cara fikir pemilik kelab tersebut yang mengharap ihsan dari badan induk bola sepak di Malaysia menyalurkan bantuan.

“Baru-baru ni saya ada beri cadangan ke seorang owner kelab. Saya cakap sementara menunggu stadium baru siap, tukar padang stadium yang pakai sekarang. Sekurang-kurangnya apabila stadium baru siap anda mempunyai 2 padang kualiti. Dia jawab FAM kena bantu. Semenjak bila badan induk yang bertanggungjawab atas infra kelab kita,” persoal TMJ.

Advertisements

“Tetapi inilah akibatnya apabila ada owner atau president yang tak minat bola tetapi mengguna bola sepak demi agenda lain. “Mindset”,” tulis Tunku Ismail.

Kementerian Belia dan Sukan pada semalam mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk menawarkan penukaran rumput baharu iaitu Zeon Zoysia di setiap stadium negeri. Idea dan cadangan TMJ ini disambut baik Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang menganggap perkara positif ini perlu dilakukan segera.

Advertisements

Hannah Yeoh pada semalam menyatakan bahawa KBS kini sedang menunggu persetujuan daripada exco setiap negeri berkaitan tawaran ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram