Nama Bekas Bek Selangor Jadi Sebutan Di Asia
MakanBola
Jordan FA

Nama bekas bek tengah Selangor FC, Yazan Al-Arab kembali menjadi sebutan di Asia.

Ini selepas Yazan membantu Jordan meraih kemenangan 3-1 ke atas Palestin dalam aksi terbaru kelayakan Piala Dunia 2026 baru-baru ini.

Ad

Nama bek tengah berusia 29 tahun itu menjadi sebutan apabila beliau melakukan voli yang menewaskan penjaga gol Palestin, Rami Hamada.

Ad

Selain Yazan, Abdallah Nasib dan Mousa Al-Tamari turut menyumbat gol buat Jordan. Palestin meraih gol saguhati menerusi Tamer Seyam.

Kemenangan ini menyaksikan Jordan kini di tempat kedua Kumpulan B dengan 12 mata. Meskipun berkongsi mata sama dengan Iraq, pasukan itu memiliki kelebihan jaringan.

Ad

Selepas tidak lagi bersama Selangor pada 2023, Yazan menyertai kelab Al-Shorta (Iraq) dan Muaither (Qatar).

Ad

Beliau kemudiannya beraksi bersama bekas pemain sayap Manchester United, Jesse Lingard untuk kelab FC Seoul. Sejak tiba di situ pada Julai 2024, Yazan sudah merekodkan 17 penampilan dan satu bantuan gol.

Ad

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments