Nama Safawi Rasid Disebut-sebut Di Indonesia
Asia Tenggara
Johor southern tigers
Advertisements

Nama pemain sayap Ratchaburi FC, Safawi Rasid mula disebut-sebut oleh penyokong Indonesia yang mahu melihat kelibatnya beraksi di sana.

Bintang kelahiran Terengganu ini sedang beraksi di Thailand selepas dipinjamkan oleh kelab asalnya, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Namun begitu, tempoh pinjamannya yang bakal tamat menyebabkan timbulnya pelbagai spekulasi yang melibatkan masa depan pemain berusia 26 tahun itu.

Advertisements

Sebelum ini, terdapat beberapa kelab Liga Malaysia yang difahamkan mahu mendapatkan khidmat beliau untuk memantapkan jentera serangan pasukan.

Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner tanpa berselindung mahu mendapatkan pemain tersebut untuk membantu pasukannya.

Safawi bagaimanapun dilihat sebagai calon pemain yang paling layak untuk beraksi di Liga 1 Indonesia dengan pengalaman luasnya mampu memberi nilai tambah kepada pasukan.

Advertisements

Para penyokong Indonesia mula mengaitkan nama Safawi dengan beberapa kelab di sana antaranya ialah PSM Makassar, Persib, Persija Jakarta.

“Persib sepertinya memerlukan seorang pemain sayap kreatif dan beliau (Safawi) mungkin sesuai dengan percaturan Luis Milla,” ujar Kisanak.

“Safawi ini hanya sesuai bermain dengan pasukan besar seperti Persija Jakarta dan Persib sahaja,’ kata M. Hidayat.

Advertisements

PSM juga dikhabarkan bakal kehilangan beberapa bintang utama setelah bergelar juara Liga 1 Indonesia dengan Safawi dilihat calon yang ideal.

“Sertai PSM kerana mereka mungkin kehilangan beberapa pemain utama dan memerlukan pengganti. Pasukan lain seperti Persebaya, Persib dan Persija sudah memiliki ramai pemain sayap,” jelas individu yang mahu digelar Tunjung Utomo.

Masa depan Safawi juga masih belum dimuktamadkan dengan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) masih belum membuat keputusan mengenai keberadaan pemain tersebut.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram