“Nampak Secocok, Perak Boleh Pergi Lebih Jauh” – Zainal Abidin
MakanBola
Perak FC

Legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan percaya Perak FC memiliki potensi untuk pergi lebih jauh.

Pemerhatian Pengarah Teknikal Imigresen FC itu dibuat berdasarkan prestasi semasa pasukan itu dalam lima aksi terakhir liga.

Ad

Selepas meraih tiga kemenangan berturut-turut ke atas Negeri Sembilan FC, KL City FC dan Sri Pahang FC, rentak kemenangan Perak tersekat apabila tewas 4-2 kepada Sabah FC.

Ad

Pasukan itu kemudiannya mendahului Terengganu FC sebanyak dua kali sebelum diikat 2-2 di Manjung pada 26 Oktober lalu.

Meskipun The Bos Gaurus hanya meraih satu mata dalam aksi tersebut, Zainal percaya anak buah Yusri Che Lah telah mempamerkan peningkatan di atas padang.

Ad

Sekiranya peningkatan tersebut dapat dikekalkan, bekas jurulatih Sri Pahang itu percaya Perak memberi cabaran kepada kelompok pasukan terbaik Liga Super.

Ad

“Bagi saya, kita dapat lihat Perak dalam proses peningkatan. Dan mereka tetap ada peningkatan dari satu perlawanan ke satu perlawanan lain.

Ad

“Tiga perlawanan menang berturut-turut kemudian tewas. Hari ini pun mereka nyaris menang. Proses Perak yang mereka lalui memang baik.

“Tahap keyakinan seperti yang kita lihat pada 20, 25 minit pertama, Perak menunjukkan persefahaman antara satu sama lain yang secocok (dan) permainan mereka cantik. Perak ada benda luas lagi di mana mereka boleh pergi jauh,” katanya semasa menjadi panel Arena Bola.

Selepas 12 perlawanan, Perak kini di tangga ketujuh dengan mengumpul 16 mata. Kini, fokus The Bos Gaurus beralih pula kepada satu lagi pasukan yang meningkat naik, PDRM FC.

Perak dan Sang Saka Biru bakal berentap di Stadium Selayang pada 2 November ini.