Nasib Berbeza JDT & Pahang Rangers
UltraSukan
Pahang Rangers/JDT Futsal
Advertisements

Nasib berbeza menimpa juara dan naib juara Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) musim lepas, Pahang Rangers dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dalam aksi pertama musim 2024.

Pahang Rangers mempamerkan kebangkitan menakjubkan dengan meraih keputusan seri 6-6 dengan Shah Alam City.

Manakala Harimau Selatan pula berpesta gol 6-1 ke atas Gombak TOT United bagi membolehkan mereka mendahului MPFL musim 2024 selepas aksi pertama.

Advertisements

Bagi jurulatih Pahang Rangers, Gerard Casas, beliau tidak merasa gusar dengan hal ini. Ini kerana beliau percaya barisan pemain pasukan itu telah memberikan yang terbaik dalam aksi pertama MPFL musim 2024.

Casas melihat kebangkitan yang dipamerkan anak buahnya memberi harapan buat Pahang Rangers untuk meraih kemenangan selepas ini.

“Pemain memberi persembahan diharapkan terutama apabila berjaya menghasilkan dua gol dalam masa lima minit permainan, cuma selepas itu lawan mula bangkit mendapatkan gol.

Advertisements

“Saya tidak menyalahkan pemain selepas mencatat keputusan seri semalam, kali ini kita hanya mampu berkongsi mata dengan lawan, mungkin perlawanan selepas ini berakhir dengan kejayaan,” katanya selepas perlawanan seperti yang disiarkan di Astro Arena.

Sementara jurulatih skuad futsal JDT, Juan Antonio Miguel Garcia menyifatkan tempoh latihan dua minggu yang dihadapi anak buahnya bukan halangan untuk mereka tampil cemerlang di gelanggang.

Garcia turut memuji impak dua pemain baru pasukan, Helio Neto dan Ridzwan Bakri dalam perlawanan tersebut.

Advertisements

“JDT hanya berlatih selama dua minggu tetapi kita beraksi dengan bagus. Kehadiran dua pemain baru membantu menambahbaik pasukan.

“Dan kedua-duanya banyak melakukan rembatan dan memberi tekanan kepada pihak lawan. Saya percaya kedua-duanya mampu menjadi tonggak penting JDT. Saya gembira buat kedua-duanya,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari untuk Nadi Arena.

Selepas ini, Pahang Rangers bakal turun menentang skuad futsal Selangor FC pada 25 Februari. Sementara JDT pula berdepan Terengganu pada 24 Februari.

Advertisements

Dari segi rekod pertemuan, Pahang Rangers pernah mengatasi Selangor di peringkat separuh akhir MPFL 2023.

Justeru, perlawanan tersebut disifatkan sebagai peluang membalas dendam buat anak buah Edgar Baldasso terhadap Pahang Rangers.

Manakala Terengganu dan JDT pula tidak pernah bertemu dalam aksi MPFL sebelum ini. Bagaimanapun, pertemuan ini dijangka menarik disebabkan kedua-duanya menghuni kedudukan dua teratas MPFL musim 2024.

Ini kerana pasukan dari Pantai Timur itu mengatasi cabaran KL City 6-1 dalam aksi pertama kumpulan pada minggu lepas.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram