Advertisements
Nasib Jeonbuk Hyundai Di Hujung Tanduk
Asia
MakanBola
Jeonbuk Hyundai Motors

Kedudukan kelab Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors dalam saingan K-League 1 kini dalam bahaya.

Ini kerana pasukan itu berdepan kemungkinan tersingkir ke saingan K-League 2 musim 2025. Ketika ini, Jeonbuk menghuni kedudukan ke-11 pusingan playoff penyingkiran dengan 38 mata.

Pasukan tercorot liga akan terus tersingkir ke saingan K-League 2 musim hadapan. Situasi ini terpakai kepada Incheon United di mana pasukan itu mengumpul 36 mata.

Seandainya Jeonbuk berjaya menewaskan Daegu FC dan Incheon tewas kepada Daejeon Hana Citizen, pasukan itu akan tersingkir. Ini meninggalkan anak buah Kim Do-heon dengan 41 mata dengan baki satu perlawanan.

Jika mereka berjaya menewaskan Gwangju FC dalam aksi terakhir liga pada 24 November ini, mereka berpeluang kekal dalam liga dengan 44 mata.

Perkara ini boleh berlaku dengan syarat Daegu dan Daejeon Hana gagal mengutip mata dalam aksi terakhir liga. Daegu bakal berdepan Incheon United dengan Daejeon Hana pula menentang Jeju United.

Kesemua perlawanan membabitkan pasukan-pasukan ini berlangsung pada hari yang sama. Seandainya prestasi Jeonbuk tidak menunjukkan peningkatan, pasukan itu perlu bersedia menghadapi pusingan playoff penyingkiran K-League 1.

Pasukan yang menduduki tangga ke-10 dan ke-11 K-League 1 bakal berentap dengan naib juara dan pemenang playoff K-League 2. Pemenang aksi playoff bakal melengkapkan senarai pasukan yang akan beraksi dalam K-League 1 musim 2025.

Atas sebab itu, Jeonbuk mengharapkan kemenangan 1-0 ke atas Selangor FC dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) baru-baru ini sebagai pemangkin untuk mereka kekal dalam K-League 1.