Natxo Insa Bakal Dibawa Kim Pan-gon Ke Piala Asia?
Harimau Malaya
Johor Southern Tigers
Advertisements

Jeneral tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa dijangka berada dalam radar pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon untuk mengemudi jentera tengah Malaysia di Piala Asia.

Pemain berusia 36 tahun itu baru sahaja pulih daripada kecederaan lutut yang menyaksikan beliau kembali mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

Beliau juga merupakan tunjang utama buat jentera tengah skuad Harimau Selatan sejak beberapa musim kebelakangan ini namun kini terpaksa bersaing dengan pemain muda JDT, Hong Wan untuk memainkan peranan pada posisi nombor 6 pasukan.

Advertisements

Ura-ura mengenai bekas bintang La Liga itu memperkuat skuad kebangsaan mula diperkatakan selepas penganalisis bebas bola sepak Malaysia, Juan Budiman memberi bayangan kemunculan Natxo bersama skuad negara.

“Umumkan Natxo Insa, Kim Pan-gon. Kamu tahu kamu mahu lakukannya,” ujar Juan ringkas.

Ini susulan kenyataan pengendali kelahiran Korea Selatan itu yang mahu membawa barisan terbaik bagi berdepan cabaran hebat di Qatar tahun hadapan.

Advertisements

Beliau bagaimanapun optimis dengan kemampuan pemain Malaysia untuk bersaing dengan pasukan seperti Korea Selatan, Bahrain dan Jordan.

Malaysia juga seringkali menghadapi krisis untuk mengemudi jentera tengah pasukan dengan pelbagai gandingan telah dicuba oleh Pan-gon.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram