Perancang tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa kembali beraksi buat kelab lamanya, Celta Vigo dalam satu perlawanan amal.
Pemain berusia 37 tahun itu sebelum ini dilanda kecederaan jangka panjang dan terlepas baki saingan pada awal musim.
Bintang berpengalaman ini semakin jarang mendapat tempat dalam percaturan ketua jurulatih, Tano Solari pada musim ini.
Perkembangan terbaru Natxo menyaksikan beliau dijemput untuk beraksi dalam satu perlawanan bersama lagenda Celta Vigo.
Beliau berpeluang untuk berdepan kesebelasan terbaik ‘All star’ dari seluruh dunia dengan dirinya beraksi bersama skuad lagenda Celta Vigo.
“Ini salah satu penghargaan bagi beliau untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini,” tulis Insa Project Global Group.
Keputusan akhirnya menyaksikan pasukan lagenda Celta Vigo mencatatkan kemenangan 6-4 ke atas Lagenda Internasional.
Natxo merupakan bekas pemain Celta Vigo ketika memainkan peranan penting bersama pasukan pada tahun 2011-2014.
Keterujaan ini turut dikongsikan oleh adik kepada pemain ini iaitu Kiko Insa yang beeada di Estadio de Balaídos iaitu gelanggang rasmi Celta Vigo bagi menyaksikan aksi tersebut.